Wednesday, September 29, 2010

Jualan T-shirt untuk membantu sekolah

Umum maklum bahawa sekolah kita menghadapi beberapa masalah infrastruktur untuk kemudahan pelajar. Contohnya ialah, dewan sekolah yang sudah usang dan uzur. Siling dewan sekolah runtuh dan proses membaik pulih memakan masa kerana karenah birokrasi.

Bukan dewan sahaja yang sudah uzur, banyak lagi infrastruktur di sekolah kita yang sudah dimamah usia dan perlu diselenggara. Untuk itu, saya mengadakan jualan t-shirt alumni untuk membantu mengumpul seberapa banyak wang untuk diberi kepada Tabung PIBG sekolah.

Kini tinggal beberapa helai sahaja T-shirt untuk dihabiskan. Harga T-shirt ialah RM26 tidak termasuk kos penghantaran pos. RM5 daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Tabung PIBG. Warna merah maroon dan hitam. Boleh didapati di dalam saiz M, L dan XL.


Untuk maklumat lanjut, boleh email saya di smkmersing.alumni@gmail.com

Selamat Datang!

Selamat datang kepada semua pembaca dan bekas pelajar blog Alumni SMK Mersing.
Blog ini diwujudkan atas dasar mahu merapatkan jurang antara semua bekas pelajar dan guru SMK Mersing atau dahulunya dikenali sebagai SMK Siapu.

Bermula dengan sebuah group alumni SMK Mersing di facebook,kita unjurkan pula ke bentuk blog pula. Diharap dengan wujudnya blog ini, ahli-ahli lebih aktif berbincang,memberi cetusan idea dan lain-lain lagi yang boleh disumbangkan untuk pembangunan sekolah yang tercinta. Selain itu, diharap adanya blog ini, rakan-rakan bekas pelajar dan guru dapat saling berhubung dan mengeratkan silaturahim.

Dahulu moto kita "Berjaya dan Berbakti", kini tibalah masanya untuk kita mengotakan apa yang kita pegang selama kita berada di SMK Mersing dahulu. Kini kita sudah berjaya, apa kata kita berbakti pula?

Selamat berbakti kepada sekolah tercinta!

-Cik Jemari (penggerak group alumni SMK Mersing)