Monday, June 6, 2011

Apa fungsi sebuah kelab Alumni?

Pelik tapi benar. Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Siapu merupakan antara sekolah yang tertua di daerah Mersing. Mengikut sumber, sekolah ini telah beroperasi seawal tahun 1963 lagi. 

Sehingga tahun 2009, setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing beroperasi lebih dari 46 tahun, kita masih tidak mempunyai suatu badan organisasi untuk bekas pelajar dan kakitangannya atau lebih senang disebut , Kelab Alumni.

Apakah fungsi Kelab Alumni?

Antara fungsi Kelab Alumni adalah sebagai penyokong kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru(PIBG). Selain itu Kelab Alumni berfungsi untuk merapatkan jurang antara semua bekas-bekas pelajar dan guru-guru serta badan PIBG itu sendiri.

Ramai yang salah anggap bahawa Kelab Alumni hanyalah sebuah badan untuk bekas pelajar berkumpul dan menghubungi rakan-rakan yang setelah sekian lama terpisah sebaik sahaja tamat persekolahan.

Oleh itu, saya beserta dengan beberapa orang bekas guru dan bekas pelajar yang sangat sayangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Alumni ini agar ia dapat memberi seberapa banyak sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG.

Seperti slogan kata sekolah kita iaitu "Berjaya dan Berbakti". Maka kini kita telah berjaya, tibalah masa untuk kita berbakti kepada sekolah kita. Mendaftarlah sebagai ahli sekarang!

Tanggungjawab Sosial

Sejak mulanya saya, Cikgu Siti Asmah Ismail dan Cikgu Ramlan Abdullah mula menggerakkan Kelab Alumni SMK Mersing ni seawal tahun 2008 ramai yang menyokong usaha kami... dan begitu juga ramai yang mengeji.

Kepada yang menyokong, terima kasih.
Kepada yang mengeji, juga terima kasih.

Seawal group Alumni SMK Mersing di mulakan di facebook, ramai yang mencemuh kerana group ini kurang aktif dan kurang aktiviti. Masalahnya, tidak ada seorang pun yang mengeji group kami yang memberikan sumbangan idea, sumbangan tenaga dan apa-apa jua sumbangan yang boleh membaiki kekurangan group itu.
Yang disumbangkan hanya kata-kata momokan.

 Terkilan dan sedih. Tetapi kami tidak pernah patah semangat. Jika ada ketikanya group seakan sepi, ini kerana kami masing-masing ada tanggungjawab yang lain yang memerlukan fokus yang tidak berbelah bahagi. Tetapi sekali sekali kami akan beralih ke group alumni untuk memberi apa yang kami mampu.

Percaya atau tidak, tidak ada siapa pun yang mahu memikul tanggungjawab sebagai penggerak kelab alumni ini. Kerana ianya bukanlah pekerjaan yang dibayar. Ia adalah kerja sukarela. Tanggungjawab sosial.

Seperti yang pernah di sebut oleh Puan Pengetua, Puan Zaliha Ismail, tanggungjawab sosial adalah tanggungjawab semua. Tanggungjawab yang harus dilaksana untuk memenuhi tuntutan sosial. Tetapi berapa ramaikah antara kita semua yang sanggup memenuhi tuntutan ini?

Makanya, saya menyeru kepada ahli/bekas pelajar/bekas kakitangan dan guru agar tidak segera menuding jari dan mencemuh kami sekiranya kami kurang memberi yang terbaik untuk group ini. Seeloknya, bantulah kami memenuhi tanggungjawab sosial dengan sokongan dan sumbangan idea dan usaha yang berterusan.

Belasungkawa

Baru sahaja saya memforwardkan link blog rasmi alumni SMK Mersing kepada Encik Ramlan dan Encik Ramli melalui pesanan ringkas(SMS), tiba-tiba saya digemparkan dengan perkhabaran bahawa Encik Ramli bin Husin iaitu Naib Pengerusi Kelab Alumni SMK Mersing telah kembali ke rahmatullah.

Saya mendapat informasi ini daripada anak arwah yang membalas pesanan ringkas itu kepada saya.

Allahyarham Ramli bin Husin telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 9 Mei 2011 kerana serangan jantung. Beliau seorang yang banyak berjasa dan berbakti kepada komuniti disekitarnya. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar Allahyarham Ramli bin Husin ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Al-Fatihah.

Nota: Terkilan kerana tidak dapat membincangkan cadangan untuk mengadakan pertandingan mencipta logo kelab dengan allahyarham.- Cik Jemari.

Sunday, June 5, 2011

Foto dan Video

Kepada ahli-ahli/bekas pelajar/guru/kakitangan yang mahu menghantar foto atau video untuk dipamerkan di page Galeri Foto, boleh berbuat demikian dengan meng-emailkan foto atau video tersebut ke alamat email berikut, smkmersing.alumni@gmail.com

Mesyuarat Pertama Kali Kelab Alumni SMK Mersing

Pada 13 Mac 2011 yang lepas, satu mesyuarat Alumni SMK Mersing julung kali diadakan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengetua SMK Mersing, Puan Zaleha binti Ismail, Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, guru-guru serta lebih kurang 60 orang bekas pelajar dan bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing.

Mesyuarat yang pertama kali diadakan itu adalah untuk menubuhkan Kelab Alumni SMK Mersing secara rasmi sekaligus memilih ahli jawatankuasa sementara untuk menerajui Kelab Alumni ini.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa sementara yang telah dipilih:

Pengerusi: Encik Ramlan bin Abdullah

Naib Pengerusi: Encik Ramli bin Husin

Setiausaha: Cik Zamwati binti Abdillah

Naib Setiausaha: Puan Norimah binti Ismail

Bendahari: Puan Suraya

Naib Bendahari: Encik Nordin bin Ishak

AJK: 
  1. Tuan Haji Ishak bin Awak
  2. Tuan Haji Azhar bin Ismail
  3. Encik Samad 
  4. Encik Samsuri
  5. Puan Norliza binti Hasbullah
  6. Puan Hindon
  7. Puan Salmiah binti Jaafar
  8. Encik Akob bin Sidek
  9. Encik Amirul 
  10. Encik Shah Reza bin Helani
  11. Encik Idham
  12. Cik Adiba binti Azman
  13. Puan Azian
Terkini, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi Kelab Alumni SMK Mersing sedang berusaha untuk mendaftarkan Kelab Alumni SMK Mersing di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Diharap ahli-ahli Kelab Alumni dapat terus memberi sokongan kepada kelab ini agar segera ia dapat didaftarkan dengan rasmi.