Monday, June 6, 2011

Apa fungsi sebuah kelab Alumni?

Pelik tapi benar. Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Siapu merupakan antara sekolah yang tertua di daerah Mersing. Mengikut sumber, sekolah ini telah beroperasi seawal tahun 1963 lagi. 

Sehingga tahun 2009, setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing beroperasi lebih dari 46 tahun, kita masih tidak mempunyai suatu badan organisasi untuk bekas pelajar dan kakitangannya atau lebih senang disebut , Kelab Alumni.

Apakah fungsi Kelab Alumni?

Antara fungsi Kelab Alumni adalah sebagai penyokong kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru(PIBG). Selain itu Kelab Alumni berfungsi untuk merapatkan jurang antara semua bekas-bekas pelajar dan guru-guru serta badan PIBG itu sendiri.

Ramai yang salah anggap bahawa Kelab Alumni hanyalah sebuah badan untuk bekas pelajar berkumpul dan menghubungi rakan-rakan yang setelah sekian lama terpisah sebaik sahaja tamat persekolahan.

Oleh itu, saya beserta dengan beberapa orang bekas guru dan bekas pelajar yang sangat sayangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Alumni ini agar ia dapat memberi seberapa banyak sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG.

Seperti slogan kata sekolah kita iaitu "Berjaya dan Berbakti". Maka kini kita telah berjaya, tibalah masa untuk kita berbakti kepada sekolah kita. Mendaftarlah sebagai ahli sekarang!

1 comment:

  1. Ceramic vs Titanium - The Tithology
    Ceramic and Titanium · Shop the best 2020 ford edge titanium for sale online marketplace for Ceramic and Titanium titanium forging Ceramic “I’ve black titanium rings been ford escape titanium 2021 working with titanium wood stove the world's largest, most successful,

    ReplyDelete