Sejak mulanya saya, Cikgu Siti Asmah Ismail dan Cikgu Ramlan Abdullah mula menggerakkan Kelab Alumni SMK Mersing ni seawal tahun 2008 ramai yang menyokong usaha kami... dan begitu juga ramai yang mengeji.
Kepada yang menyokong, terima kasih.
Kepada yang mengeji, juga terima kasih.
Seawal group Alumni SMK Mersing di mulakan di facebook, ramai yang mencemuh kerana group ini kurang aktif dan kurang aktiviti. Masalahnya, tidak ada seorang pun yang mengeji group kami yang memberikan sumbangan idea, sumbangan tenaga dan apa-apa jua sumbangan yang boleh membaiki kekurangan group itu.
Yang disumbangkan hanya kata-kata momokan.
Terkilan dan sedih. Tetapi kami tidak pernah patah semangat. Jika ada ketikanya group seakan sepi, ini kerana kami masing-masing ada tanggungjawab yang lain yang memerlukan fokus yang tidak berbelah bahagi. Tetapi sekali sekali kami akan beralih ke group alumni untuk memberi apa yang kami mampu.
Percaya atau tidak, tidak ada siapa pun yang mahu memikul tanggungjawab sebagai penggerak kelab alumni ini. Kerana ianya bukanlah pekerjaan yang dibayar. Ia adalah kerja sukarela. Tanggungjawab sosial.
Seperti yang pernah di sebut oleh Puan Pengetua, Puan Zaliha Ismail, tanggungjawab sosial adalah tanggungjawab semua. Tanggungjawab yang harus dilaksana untuk memenuhi tuntutan sosial. Tetapi berapa ramaikah antara kita semua yang sanggup memenuhi tuntutan ini?
Makanya, saya menyeru kepada ahli/bekas pelajar/bekas kakitangan dan guru agar tidak segera menuding jari dan mencemuh kami sekiranya kami kurang memberi yang terbaik untuk group ini. Seeloknya, bantulah kami memenuhi tanggungjawab sosial dengan sokongan dan sumbangan idea dan usaha yang berterusan.
No comments:
Post a Comment