Monday, May 29, 2017

SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN SMK MERSING


Alumni SMK Mersing berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mensasarkan untuk membantu pihak sekolah dalam melaksananakan program-program ke arah memartabatkan lagi nama sekolah di mata masyarakat. Namun buat masa ini, alumni ini bergerak dalam bentuk jawatan kuasa sementara dan juga sekretariat kecil dalam melaksanakan program-program yang dirancang. 


Sempena sambutan 50 tahun SMK Mersing, pihak Alumni dengan kerjasama sekolah telah menganjurkan sebuah majlis makan malam yang dinamakan MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI EMAS SMK MERSING.  Majlis makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan seluruh warga SMK Mersing dan para guru serta semua yang pernah menjadi warganya, di atas sumbangan dan kejayaan dalam mengharum dan mengangkat nama SMK Mersing di mata masyarakat.


Selain itu ,objektif majlis makan malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, PIBG dan alumni SMK Mersing, di samping memberi semangat kepada pelajar-pelajar SMK Mersing sedia ada terhadap kejayaan bekas-bekas pelajarnya dan mempertemukan semula bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas guru yang telah lama tidak berhubung.

No comments:

Post a Comment