Monday, May 29, 2017

Wakil-wakil Batch G50 - G98 , AT6 & AYS

Berikut adalah nama wakil-wakil setiap batch bermula dari G50 sehingga AYS(Alumni Yayasan Sarawak) &AT6(Alumni Tingkatan 6).
Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Makan Malam Jubli Emas yang akan diadakan bulan Ogos nanti, boleh diajukan kepada wakil setiap batch.

  • G50/51: Tn Hj Ishak b Awang
  • G52 : Tn Hj Masod b Abd Manap
  • G53: Tn Hj Abd Rahman b Hj Ismail
  • G54: En Othman b Ahmad
  • G55: Tn Hj Khair Affandi b Mohd
  • G56: Pn Hjh Aminah bt Yusof
  • G57: Pn Kamariah bt Pon
  • G58: En Mohd Ali
  • G59: Pn Hjh Azizah bt Abdullah
  • G60: Pn Wook bt Derahman
  • G61: Pn Hjh Mahani bt Bandi
  • G62: En Rusli b Jelani
  • G63: En Mohd Fauzi
  • G64: YBG Dato' Johari b Mohamed
  • G65: En Marhalim b Ali
  • G66: En Idrus b Shukur
  • G67: En Ahmad Nasir b Hj Awang
  • G68: En Ali Affandi b Taib
  • G69 Pn Faridah bt Khalid
  • G70 En Daing Ibrahim b Yacob
  • G71 En Roslan b Zakaria
  • G72 Pn Dr. Suria bt Hashim
  • G73 Tn Hj Shamsul Kamar b Roslan
  • G74 En Sharol b Salim
  • G75 Pn Hamidah bt Hasmuri
  • G76 Pn Hafizah bt Abd Kadir
  • G77 Pn Siti Hazerina bt Sh. Abu Bakar
  • G78 Pn Nor Haslinda bt Hasnan
  • G79 Pn Hawa bt Omar
  • G80 En Mohd Hairil b Zainal
  • G81 Pn Fazidah
  • G82 Pn Zamwati bt Abdillah
  • G83 Noreen Azlina
  • G84 Pn Nur Aminah
  • G85 Cik Rohaidayati
  • G86 MASIH TIADA WAKIL
  • G87 Norfathiah
  • G88 MASIH TIADA WAKIL
  • G89 Pn Elly Sulastri bt Abu Samah
  • G90 Pn Nur Aisyah
  • G91 Cik Nor Darnila
  • G92 En Hilmi b. Hj Ismail
  • G93 Cik Nur Izyani
  • G94 Pn Siti Nuraini
  • G95 Cik Siti Nursuhana
  • G96 En Muhammad Harith
  • G97 Cik Nurasikin bt Wahib
  • G98 Cik Masdiana bt Yunus
  • AYS En Saini Kakong
  • AT6 En Nurnaeman
Kepada yang ingin mewakil batch G86 & G88 boleh menghubungi admin melalui email 
smkmersing.alumni@gmail.com page ini. Sekian terima kasih.

Badan Penaja Alumni SMK Mersing

Berikut adalah senarai nama AJK Penaja Alumni SMK Mersing yang telah dilantik:

Pengerusi: En. Kamarolzaman b. Hj. Othman

Naib Pengerusi : Tn. Jamil Hasni b. Abdullah

Setiausaha: Pn. Hjh. Sariah bt. Ismail

Pen. Setiausaha: Pn. Hjh. Ruzita bt. Tahir

Bendahari: Tn. Hj. Mohd. Najib b. Hussein

AJK: 
  1. Tuan Hj. Ishak b. Awang
  2. Encik Abdillah b. Hj Sulaiman
  3. Encik Aslahuddin bin Hj. Ahmad
  4. Tuan Haji Shamsul Kamar b. Ruslan
  5. Datuk Johari bin Mohamad
  6. Encik Othman bin Ahmad
  7. Puan Hjh. Azizah binti Abdullah
  8. Puan Noriasah bte Sadek

Semoga dengan perlantikan AJK Penaja Alumni SMK Mersing ini dapat merealisasikan Jubli Emas SMK Mersing yang gemilang.


SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN SMK MERSING


Alumni SMK Mersing berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mensasarkan untuk membantu pihak sekolah dalam melaksananakan program-program ke arah memartabatkan lagi nama sekolah di mata masyarakat. Namun buat masa ini, alumni ini bergerak dalam bentuk jawatan kuasa sementara dan juga sekretariat kecil dalam melaksanakan program-program yang dirancang. 


Sempena sambutan 50 tahun SMK Mersing, pihak Alumni dengan kerjasama sekolah telah menganjurkan sebuah majlis makan malam yang dinamakan MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI EMAS SMK MERSING.  Majlis makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan seluruh warga SMK Mersing dan para guru serta semua yang pernah menjadi warganya, di atas sumbangan dan kejayaan dalam mengharum dan mengangkat nama SMK Mersing di mata masyarakat.


Selain itu ,objektif majlis makan malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, PIBG dan alumni SMK Mersing, di samping memberi semangat kepada pelajar-pelajar SMK Mersing sedia ada terhadap kejayaan bekas-bekas pelajarnya dan mempertemukan semula bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas guru yang telah lama tidak berhubung.

Monday, June 6, 2011

Apa fungsi sebuah kelab Alumni?

Pelik tapi benar. Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Siapu merupakan antara sekolah yang tertua di daerah Mersing. Mengikut sumber, sekolah ini telah beroperasi seawal tahun 1963 lagi. 

Sehingga tahun 2009, setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing beroperasi lebih dari 46 tahun, kita masih tidak mempunyai suatu badan organisasi untuk bekas pelajar dan kakitangannya atau lebih senang disebut , Kelab Alumni.

Apakah fungsi Kelab Alumni?

Antara fungsi Kelab Alumni adalah sebagai penyokong kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru(PIBG). Selain itu Kelab Alumni berfungsi untuk merapatkan jurang antara semua bekas-bekas pelajar dan guru-guru serta badan PIBG itu sendiri.

Ramai yang salah anggap bahawa Kelab Alumni hanyalah sebuah badan untuk bekas pelajar berkumpul dan menghubungi rakan-rakan yang setelah sekian lama terpisah sebaik sahaja tamat persekolahan.

Oleh itu, saya beserta dengan beberapa orang bekas guru dan bekas pelajar yang sangat sayangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Alumni ini agar ia dapat memberi seberapa banyak sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG.

Seperti slogan kata sekolah kita iaitu "Berjaya dan Berbakti". Maka kini kita telah berjaya, tibalah masa untuk kita berbakti kepada sekolah kita. Mendaftarlah sebagai ahli sekarang!

Tanggungjawab Sosial

Sejak mulanya saya, Cikgu Siti Asmah Ismail dan Cikgu Ramlan Abdullah mula menggerakkan Kelab Alumni SMK Mersing ni seawal tahun 2008 ramai yang menyokong usaha kami... dan begitu juga ramai yang mengeji.

Kepada yang menyokong, terima kasih.
Kepada yang mengeji, juga terima kasih.

Seawal group Alumni SMK Mersing di mulakan di facebook, ramai yang mencemuh kerana group ini kurang aktif dan kurang aktiviti. Masalahnya, tidak ada seorang pun yang mengeji group kami yang memberikan sumbangan idea, sumbangan tenaga dan apa-apa jua sumbangan yang boleh membaiki kekurangan group itu.
Yang disumbangkan hanya kata-kata momokan.

 Terkilan dan sedih. Tetapi kami tidak pernah patah semangat. Jika ada ketikanya group seakan sepi, ini kerana kami masing-masing ada tanggungjawab yang lain yang memerlukan fokus yang tidak berbelah bahagi. Tetapi sekali sekali kami akan beralih ke group alumni untuk memberi apa yang kami mampu.

Percaya atau tidak, tidak ada siapa pun yang mahu memikul tanggungjawab sebagai penggerak kelab alumni ini. Kerana ianya bukanlah pekerjaan yang dibayar. Ia adalah kerja sukarela. Tanggungjawab sosial.

Seperti yang pernah di sebut oleh Puan Pengetua, Puan Zaliha Ismail, tanggungjawab sosial adalah tanggungjawab semua. Tanggungjawab yang harus dilaksana untuk memenuhi tuntutan sosial. Tetapi berapa ramaikah antara kita semua yang sanggup memenuhi tuntutan ini?

Makanya, saya menyeru kepada ahli/bekas pelajar/bekas kakitangan dan guru agar tidak segera menuding jari dan mencemuh kami sekiranya kami kurang memberi yang terbaik untuk group ini. Seeloknya, bantulah kami memenuhi tanggungjawab sosial dengan sokongan dan sumbangan idea dan usaha yang berterusan.

Belasungkawa

Baru sahaja saya memforwardkan link blog rasmi alumni SMK Mersing kepada Encik Ramlan dan Encik Ramli melalui pesanan ringkas(SMS), tiba-tiba saya digemparkan dengan perkhabaran bahawa Encik Ramli bin Husin iaitu Naib Pengerusi Kelab Alumni SMK Mersing telah kembali ke rahmatullah.

Saya mendapat informasi ini daripada anak arwah yang membalas pesanan ringkas itu kepada saya.

Allahyarham Ramli bin Husin telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 9 Mei 2011 kerana serangan jantung. Beliau seorang yang banyak berjasa dan berbakti kepada komuniti disekitarnya. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar Allahyarham Ramli bin Husin ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Al-Fatihah.

Nota: Terkilan kerana tidak dapat membincangkan cadangan untuk mengadakan pertandingan mencipta logo kelab dengan allahyarham.- Cik Jemari.

Sunday, June 5, 2011

Foto dan Video

Kepada ahli-ahli/bekas pelajar/guru/kakitangan yang mahu menghantar foto atau video untuk dipamerkan di page Galeri Foto, boleh berbuat demikian dengan meng-emailkan foto atau video tersebut ke alamat email berikut, smkmersing.alumni@gmail.com